Mohamadrizal's Blog

Dari Kelantan Ke Melaka

  • date

    November 2014
    M T W T F S S
    « Jun    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Categories

  • Top Posts

  • Top Clicks

    • None
  • Archives

  • Pages

  • Meta

  • Entries

Kedatangan Rejab

Posted by mohamadrizal on June 26, 2009

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun.”

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Posted in 1 | Leave a Comment »

isteri nusyus

Posted by mohamadrizal on June 25, 2009

Guaman: Bayaran nafkah isteri nusyuz Oleh Mohd Faiz Adnan Assalamualaikum Saya tertarik dengan ruangan Guaman yang disiarkan di halaman ini. Saya mempunyai satu persoalan yang diharap pihak tuan dapat membantu. Jika isteri didapati curang, perlukah seseorang suami itu membayar nafkah seperti yang diwajibkan? Mat, Melaka. Jawapan: Pertama sekali, saya mengalu-alukan soalan yang baik dan kesungguhan pihak tuan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina. Persoalan ini bukan saja dapat membuka mata ramai lagi rakyat Malaysia berhubung hal nusyuz dan bentuk tindakan yang patut diambil, malah kita dapat melihat sejauh mana undang-undang Syariah berfungsi dalam memberikan keadilan dan menjaga keharmonian sesebuah institusi keluarga. Hakikatnya, nafkah adalah antara tanggungjawab yang wajib ditunaikan kepada isteri oleh suami sama ada ia berbentuk wang ringgit, tempat tinggal, makanan dan seumpamanya yang dianggap sebagai keperluan bagi isteri. Tanggungjawab membayar nafkah diberikan selepas akad yang sah dan berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri dipastikan melalui keperluan dan kemampuan pihak terbabit. Hal ini turut dijamin di dalam undang-undang sekiranya tuntutan dibuat, mahkamah boleh menguatkuasakan perintah nafkah ke atas suami yang cuai untuk membayar nafkah isteri. Bagaimanapun, ada pengecualian bagi isteri yang nusyuz untuk tidak berhak mendapat nafkah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303). Curang atau nusyuz ini turut dijelaskan dalam peruntukan sama yang mana pensabitan isteri yang nusyuz boleh berlaku sekiranya dia cuba menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah tanpa izin dan membuat perkara yang bertentangan dengan kemahuan suami atau enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan munasabah dan boleh diterima syarak. Merujuk masalah tuan, isteri curang boleh dikategorikan dalam nusyuz dari segi perbuatan. Nusyuz boleh berlaku melalui dua cara iaitu melalui perkataan dan perbuatan. Nusyuz melalui percakapan boleh berlaku sekiranya seorang isteri itu menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami seperti menghina suami. Nusyuz perbuatan pula berlaku apabila pihak isteri menunjukkan sikap kasar yang keterlaluan dan tidak menunjukkan penghormatan kepada pihak suami dan lebih bahaya ialah isteri menjalinkan kelakuan curang dengan lelaki lain. Hal ini secara jelas haram hukumnya. Perlu diketahui juga bahawa sikap curang atau nusyuz ini juga boleh berlaku sama ada di kalangan suami mahupun isteri. Tidak dinafikan, nusyuz boleh berlaku disebabkan sikap isteri, sikap suami atau berpunca dari faktor luaran. Sebaliknya apabila nusyuz terjadi akibat daripada tindakan atau berpunca daripada pihak suami, hak nafkah tidak gugur jika alasan itu dibenarkan syarak atau sebab yang berpunca dari suami. Sebagai contoh, isteri keluar daripada rumah untuk bekerja mencari rezeki yang halal kerana suami tidak memberi nafkah. Begitu pun, hak nafkah isteri berkenaan tidak luput jika dalam keadaan terpaksa dan bertepatan dengan syarak. Sebagai contoh, isteri keluar mencari nafkah yang halal disebabkan suami tidak memberi nafkah atau isteri keluar menuntut ilmu yang wajib atau bertujuan bertanya masalah hukum yang tidak diajar oleh suaminya. Lain pula halnya jika isteri yang keluar bekerja serta sibuk dengan tugasnya sehingga tidak dapat menyempurnakan urusan rumah tangga dan enggan berhenti kerja apabila diminta oleh suaminya untuk berbuat demikian, maka hak nafkah juga tidak harus diberikan. Tindakan yang boleh diambil terhadap isteri nusyuz. Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami. Bagaimanapun, mengikut peruntukan undang-undang, proses untuk mensabitkan dan mengesahkan seorang isteri itu nusyuz serta mengenakan tindakan selanjutnya adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tuan perlu mendapatkan pengesahan ini terlebih dulu. Ini bermakna pihak tuan tidak boleh menuduh isteri nusyuz sehinggalah satu pengisytiharan dibuat di mahkamah. Dalam masalah ini, tuan boleh memberi keterangan dan menyatakan bukti yang menunjukkan isteri nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah yang memang berbidangkuasa untuk mendengar kes nusyuz. Merujuk Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 11 tahun 2001 ada menyebutkan mana-mana kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan. Sehubungan itu, kes nusyuz ini biasanya dijadikan sebagai satu pembelaaan dalam tuntutan perceraian ta’liq atau fasakh yang menggunakan alasan tidak memberi nafkah. Selain itu, undang-undang juga memperuntukkan bahawa jika seorang isteri disabitkan nusyuz, mahkamah berbidangkuasa untuk memerintahkan isteri agar kembali taat kepada suami. Sekiranya seorang isteri dengan sengaja tidak menurut suatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak, seorang isteri boleh didakwa di bawah seksyen 129 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Bagi tujuan itu, suami bolehlah membuat suatu aduan di mana-mana pejabat agama yang berbidangkuasa untuk suatu siasatan dijalankan dan sekiranya perlu pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah. Menurut peruntukan undang-undang yang ada juga, seorang isteri yang sudah disabitkan oleh mahkamah tidak lagi berhak untuk menuntut tunggakan nafkah termasuk nafkah i’ddah sekiranya perceraian berlaku. Begitu juga sekiranya pihak isteri membuat tuntutan perceraian ta’liq atau fasakh dengan alasan suami tidak memberi nafkah, alasan itu tidak lagi relevan untuk diguna pakai. Saya juga ingin memetik kaedah dan penyelesaian berhubung nusyuz ini yang disarankan dalam ayat 34 surah al-Nisa’ yang mana Islam menyarankan dengan menetapkan beberapa langkah yang tuan boleh ambil bagi menyelesaikan masalah nusyuz isteri iaitu pertama, hendaklah dengan cara menasihatinya iaitu dengan memberi peringatan bahawa perlakuannya bersalahan dengan kehendak Islam. Jika ia tidak memberi kesan, maka tuan boleh mengambil tindakan dengan meninggalkan seketiduran dengan isteri dan langkah seterusnya sekiranya isteri tuan masih tidak berubah adalah dengan mengenakan pukulan ringan kepada isteri. Namun perlu diingatkan bahawa pukulan itu bukanlah bertujuan untuk menyakitkan atau menghukum, tetapi pukulan berbentuk disiplin yang tidak mencederakan isteri seperti yang diajar dalam Islam.

Posted in hukum | Leave a Comment »

Luka Dilukai

Posted by mohamadrizal on June 15, 2009

Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci

Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah

Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita

Aku sering dipersenda
Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa

Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat ku merasa
Mimpi yang di bina
Hati mudah berdarah semula
Kerana dustanya…

Terhempas lagi
Kesekian kali
Luka yang dilukai
Menguji diri

Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya…

Posted in lirik lagu | 1 Comment »

KERANA ISTERI, SUAMI SAKIT JIWA?

Posted by mohamadrizal on June 15, 2009

Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adamuntuk menjadi penghibur setia Nabi Adam di dalamsyurga. Siti Kadijah banyak membantu dalam menyuburkanjiwa dan memberi semangat kepada Rasulullah pada masaawal Islam mula disebarkan ke tengah masyarakat.Kewafatan Siti Khadijah dirasakan sebagai kehilanganbesar bagi baginda, sehinggakan tahun kewafatan Siti
Khadijah dinamakan ‘tahun dukacita’. Demikian perananisteri sebagai pemulih semangat suami. Bahkanisterilah satu-satunya tempat berhibur suami yangdihalalkan oleh Allah..

Lihatlah betapa bahagianya para sahabat dahulu kala;walaupun letih berjuang tetapi apabila balik ke rumah,isteri menyambut kepulangan mereka dengan senyummanis.

Pernah Sayidina Ali yang baru pulang dari medanpertempuran dan mengharungi padang pasir dengan segalakepayahan dan keletihan, terasa segar apabilakepulangannya disambut dengan senyuman oleh sitiFatimah. Walhal kalau dikaji sejarah kehidupanSayidina Ali dan Siti Fatimah merekalah antarapasangan suami yang paling miskin. Siti Fatimahseringkali ditinggalkan berbulan-bulan oleh SayidinaAli yang sering keluar berjuang. Biasanya dia
ditinggalkan tanpa barang keperluan dapur yangmencukupi. Namun sedikit pun Siti Fatimah tidak
merungut, apalagi untuk marahkan suaminya. Bahkanbeliau berusaha sendiri menguruskan keperluanrumahtangganya. Namun anak kesayangan Rasulullah sawini, yang tebal iman di hatinya, masih mempumelemparkan senyuman manis menyambut kepulangansuaminya.

Para isteri-isteri mestilah memainkan peranan pentingdalam pembentukan jiwa suami. Isteri yang terlalubanyak membuat masalah kepada suami akan menghalangtugas seharian suaminya. Bahkan ada kemingkinan suamimengalami sakit jiwa.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 72%daripada jumlah pesakit otak terdiri daripada kaumlelaki. Pakar-pakar perubatan, dalam kajian merekamendapati bahawa salah satu punca utama suami sakitjiwa ialah kerana isterinya terlalu mendesak suami
menyediakan segala bentuk kemewahan walaupun di luarkemampuan suami. Kepulangan suami dari pejabat ataudari tempat kerja tidak disambut dengan layanan mesra,bahkan belum pun sempat suami meletakkan punggung diatelah diserang dengan pertanyaan demi pertanyaan.
Selagi suami tidak menunaikan permintaannya, selagiitulah isteri akan mendesak si suami.

Menurut laporan dari Penasihat PersatuanPesakit-pesakit Jiwa Pulau Pinang, kebanyakan lelakiyang sakit jiwa adalah mereka yang sering berhadapandengan ragam isteri yang gilakan kemewahan. Tidakkurang juga yang menderita sakit jiwa kerana isteri
tidak dapat menerima hakikat poligami (bagi yangberpoligami). Begitulah amat berkesannya jarum yangdicucuk oleh para isteri sehingga menyebabkan suamimenderita.

Pada umumnya ada dua punca utama suami sakit jiwa.Pertama, kerana kelemahan suami itu sendiri dan Kedua,kerana ragam isteri.

Allah telah menetapkan lelaki (suami) sebagai pemimpinbagi kaum wanita. Sebagai pemimpin, dia berhak membuatkeputusan dan wanita (isteri) mahu tidak mahu mestimentaati keputusan itu walaupun bertentangan dengankehendaknya. Sekiranya suami tegas mengikut kehendak
syariat di samping berusaha mendidik isteri,insyaAllah tidak berlaku kes isteri mendesak-desaksuami, apatah lagi mengarah-arahkan suami mengikutkehendaknya.

Bagi pihak isteri pula, sekiranya dia mengetahuiperanannya yang sebenar, maka tidak mungkin dia akanqueen-control suaminya. Walaupun isteri mempunyai hakdalam rumahtangga tetapi hak tersebut ada batasnya.

Di antara hak yang wajib isteri laksanakan:

 Mentaati perintah suami (yang tidakbertentangan dengan syariat).
 Sentiasa malu terhadap suami danmenghormatkannya.
 Diam tatkala suami sedang bercakap.
 Merasa cukup dengan pemberian suami walaupunsedikit.
 Tidak meminta-minta sesuatu yang di luarkemampuan suami termasuk perhiasan atau perabot yangmahal-mahal.
 Sentiasa berhias tatkala berhadapan dengansuami.
 Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
 Menghormati keluarga suami dan kaumkerabatnya.
 Sentiasa melayan keinginan suami untukbergurau senda.

Demikianlah antara kewajipan isteri, Jika para isteridapat melaksanakannya, insyaAllah tidak timbul masalahyang menyusahkan suami. Sabarnya seorang isteri didunia akan Allah gantikan dengan ganjaran pahala danbalasan syurga di akhirat kelak.

Sekiranya isteri boleh berlebih kurang dengan haknya,kerana suami tidak mampu menyediakan segala keperluanrumahtangga, alangkah bahagianya kehidupan mereka.Isteri yang begini akan merasa cukup dengan pemberiansuaminya malah menghargai sungguh-sungguh segalapemberian suami. Sehingga dengan itu akan terasalaholeh suami, isterilah penghibur dan penyubur jiwa. Didunia lagi pasangan suami isteri yang begini telahmerasai ‘syurga yang disegerakan’ sebelum menikmatisyurga yang kekal abadi di akhirat kelak, insyaAllah.

Posted in hukum | Leave a Comment »

SYARAT-SYARAT PERCERAIAN

Posted by mohamadrizal on June 15, 2009

:KOLEKSI II ARTIKEL DR. IKMAL tAJUK aRTIKEL

 Perceraian adalah satu perkara yang mengikut kehendakfitrah manusia. Sebab itulah kita tidak bolehmenghalang orang yang hendak bercerai. Dan memangtidak patut diadakan satu-satu peraturan yangmenghalang orang yang hendak bercerai. Umpamanya,diadakan hukuman penjara atau denda RM1,000.00 dansebagainya kepada seseorang yang bercerai itu. Begitujuga diadakan undang-undang yang menghendaki seseorangitu membuat permohonan lebih dahulu kepada pihak-pihaktertentu sebelum bercerai. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menceritakantentang hal perceraian, tidak ada satu ayat pun yangAllah berkata melarang perceraian dengan maksud,“jangan kamu bercerai……” Dan Rasulullah saw juga tidakmelarang orang bercerai malah kata Rasulullah bahawabercerai itu halal. Tidak pernah Rasulullah sawmengatakan bahawa bercerai itu haram. Di dalam ayat-ayat yang menceritakan tentangperceraian, Allah swt telah dengan jelasnya mengaturbagaimana seseorang itu hendak bercerai. Inimenunjukkan bahawa bercerai itu boleh tetapi hendaklahmengikut tertib-tertibnya serta kaedah-kaedahnya. Dankalau tidak betul cara dan kaedahnya, maka barulahberdosa. Walau bagaimana, ada jugalah Rasulullah berkata denganmaksud, “Perkara halal yang sangat Allah swt benciialah talak.” Ertinya, cerai itu tetap halal tetapiAllah swt benci. Cuma benci yang dimaksudkan olehRasulullah ini bukan pada cerai itu tetapi ada masadan ketikanya serta ada sebab-sebabnya. Ada 5 hukum yang mengawal seseorang yang hendakbercerai itu. Kalau seseorang itu melanggarhukum-hukum dan perintah Allah disegi hendak bercerai,maka patut sekali orang yang hendak bercerai itudihukum. Sebab itulah, apabila seseorang itu hendakbercerai ataupun sudah bercerai, maka hendaklahdisiasat dia baik-baik. Kalau sekiranya di dapatiseorang suami itu menceraikan isterinya dengan tidakmengikut hukum-hukum syariat, suami itu boleh didendaatau dihukum dengan hukuman yang berat, tetapi hariini tidak berlaku seperti itu.Adapun 5 hukum yang mengawal perceraian ialah ceraiwajib, sunat, haram, makruh dan cerai harus. Seorangsuami yang melakukan cerai haram ke atas isterinya,suami itu patut sekali dihukum. Begitu juga suami yangmelakukan cerai makruh, dia juga patut dihukum keranaAllah swt benci kepada perbuatan makruh. manakalasuami yang melakukan cerai sunat, wajib dan sertaharus, tidak patut sekali di hukum. Bagaimanakah yang dikatakan haram bercerai? Seorangsuami yang hendak menceraikan isterinya yang masih adahaidnya iaitu yang pernah disetubuhinya, yang ketikadia menceraikan isterinya itu, isterinya sedangkedatangan haid. Atau jatuh haram juga cerai seorangsuami ke atas isterinya, apabila suami itu menceraikanisterinya tadi setelah suami mendukhul isterinyasewaktu isterinya telah suci. Kemudian, bagaimana yang dikatakan cerai makruh?Seorang isteri itu taat kepada suaminya, sentiasamemberikan layanan yang baik, isteri sayang kepadasuaminya dan suami pun sayang kepadanya malahkedua-duanya selalu bergurau-gurau danbermesra-mesra.. Tetapi dengan tidak semena-mena,suami menceraikannya kerana sebab-sebab yang lemahalasannya. Contoh alasan yang lemah, suami hendakkahwin lagi satu, suami ceraikan isteri. Adapun ceraiyang semacam inilah yang dikatakan bergoncangnya‘Arasy. Dan inilah yang dinamakan cerai yang dimurkaioleh Allah. Bagaimanakah yang dikatakan cerai harus? Cerai iniialah cerai yang kalau dilakukan tidak apa-apa dankalau tidak dilakukan pun tidak apa-apa juga. Ertinya,cerai pun boleh dan tidak cerai pun boleh. Berlakunya cerai harus boleh jadi dalam banyakkeadaan. Satu contoh yang boleh berlakunya cerai harusialah seorang lelaki itu berkahwin dengan seorangperempuan yang dia tidak pernah lihat rupanya. Dantidak langsung kenal kepada perempuan itu, cuma diapercaya saja kepada orang yang memilihkan jodohnya.Setelah dia akad dan di waktu malamnya lelaki itumenghampir isterinya, dia lihat isterinya telalu hodohsangat hingga patah hatinya hendak mendekati isterinyaitu. ketika itu, dia diharuskan bercerai. Begitu juga bagi pihak isteri, dia juga boleh memintacerai kalau sekiranya apabila dia telah kahwin, diamendapati yang suaminya terlalu hodoh, malas mandi,bau busuk dan sebagainya. Ini pernah berlaku di zamanRasulullah di mana seorang isteri datang mengadukepada Rasulullah menceritakan yang suaminya cukuphodoh, gemok, pendek dan kulitnya hitam. Mukanya jugabegitu buruk. Isteri itu menceritakan kepadaRasulullah batapa kalau dia tidak fikirkan ajaranIslam, pasti dia akan ludah muka suaminya itu. “Sayabimbang sungguh ya Rasulullah, takut-takut sayadurhaka pada suami saya itu.” Kemudian Rasulullahberkata, “Kamu hendak ceraikah?” Kata perempuan itu,“Benar ya Rasulullah.” Jawab Rasulullah, Boleh kamubercerai. Jadi, boleh bercerai samada bagi suami atau isterikalau berlaku keadaan yang demikian. Kalau berlakukepada isteri, dia boleh pergi kepada suaminya danpulangkan balik mas kahwin yang diberikannya dahulusabagai tanda meminta cerai. Di sini menunjukkanbahawa isteri juga boleh meminta cerai sepertimanasuami juga boleh menceraikan isterinya. Isteri-isterijuga ada kuasa cerai di tangannya sepertimana suamijuga ada kuasa cerai di tangannya, bila berlakukeadaan harus seperti di atas. Kemudian, bilakah yang dikatakan sunat bercerai. Iniialah apabila isteri didapati berkelakuan tidak baik.Kelakuan yang tidak baik itu ialah, mungkin isteri ituberkhawat dengan seorang lelaki lain. Ataupun isteriselalu keluar ke pasar, ke sana sini dan sebagainyasedangkan suami tidak mengizinkannya. Atau kelakuanisteri terhadap suaminya selalu berang, kasar dantidak tenang. Atau isteri itu durhaka kepada suami. Diwaktu itu, sunat bagi suami menceraikannya iaitu tidakpula berdosa kalau suami tidak menceraikannya. Tetapi,kalau suami merasakan hendak mendapat pahala, makasuami itu boleh menceraikan isterinya itu. Walau bagaimana pun, isteri-isteri yang telah didapati durhaka ataupun nusyuz ini, suami tidaklekas-lekas menceraikannya. Ada syarat-syaratbagaimana hendak menceraikan isteri yang telah durhakadalam katagori cerai sunat ini. Kalau suami telahmendapati yang isterinya itu sudah tidak berkelakuanbaik lagi, maka hendaklah dia dinasihat lebih dahulu.Kalau sekiranya suami tidak boleh menasihatinya, suamiboleh meminta nasihat kadi. Setelah nasihat diberikan dan didapati masih tidak adakesannya, maka isteri itu boleh ditinggalkan. Nabipernah meninggalkan isterinya selama 40 hari keranaisterinya meragam. Tetapi setelah ditinggalkan pun,masih lagi suami mendapati tidak memberi apa-apakesan, suami boleh balik ke rumah dan pukul isterinya.Cuma pukul yang dibenarkan ialah pukul sebagai memberipengajaran, bukan pukul untuk menyiksa atau menderaisteri. Jangan tampar ke mukanya tetapi hendaklahgunakan alat seperti rotan yang kalau suami pukul pun,hanya memberi isteri sakit saja. Kemudian tidak bolehdipukul hingga berdarah. Kalau dengan memukul itu,isteri tidak boleh berubah, bolehlah suami memilihmenceraikannya. Dan akhir sekali, bagaimana yang dikatakan ceraiwajib. Adapun cerai wajib ini boleh berlaku dalambanyak keadaan. Kadang-kadang ia berlaku berbangkitdari aduan isteri terhadap suami yang berlaku durhakake atas isteri seperti memukul isteri tanpa sebab atausuami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagaisuami. Adapun tanggungjawab seorang suami ke atasisterinya ada 4 iaitu memberi nafkah, memberi tempattinggal dan kalau suami mempunyai lebih dari satuisteri, memberi giliran yang adil. Kalau salah satudaripada tanggungjawab atau tidak dilaksanakan olehsuami, isteri boleh mengadu pada kadi. Cuma, isterijanganlah terus meminta cerai saja kerana adatindakan-tindakan yang boleh di ambil terhadap suaminusyuz atau durhaka. Umpamanya, kalau suami tidak memberi nafkah kepadaisteri, kalau sabit kesalahannya, maka kadi bolehmemaksa suami memberi nafkah itu atau kadi bolehmerampas hartanya dan menjualkannya dan wangnya bolehdiserahkan kepada isteri atau isteri boleh berhutangdan kadi boleh memaksa suami membayarnya. Kalau berlaku lain-lain bentuk kezaliman dari suami keatas isteri, isteri boleh mengadu kepada pihak kadi.Suami tersebut akan dipanggil dan kemudian diberinasihat. Setelah suami dipanggil dan suami pulamenafikan segala pengaduan isteri. Suami mengatakankepada kadi yang isterinya yang bersalah. Dalam padaitu pula, isteri juga tetap berkeras mengatakan yangsuaminya yang bersalah. Keadaan ini boleh diselesaikandengan kadi melantik seorang ‘sikhah’ untukmenyiasatnya. Apabila telah disiasat, keputusan yangtepat tidak juga diperolehi, malah keadaan rumahtanggatadi semakin meruncing. Ketika itu kadi boleh melantiksatu orang wakil dari kedua belah keluarga iaitu daripihak suami dan dari pihak isteri. Mereka ditugaskanmenyiasat dengan teliti, siapakah yang sebenarnyazalim. Tetapi, setelah disiasat oleh wakil kedua pihakkeluarga, didapati keadaan rumahtangga itu masih jugatidak tenang, malah bertambah runcing lagi. Pada masa itu, kadi boleh mengarahkan kuasa membericerai kepada wakil keluarga suami dan isterimenyerahkan supaya menerima talak kalau sekiranyadikehendaki tebus talak kepada wakil keluarga isteri.Inilah yang dinamakan wajib cerai. Di dalam masalah perceraian yang berlaku antara suamidan isteri ini, elok jugalah seseorang itu mengetahuiserba sedikit tentang rukun talak. Ia adalah terdiridari 5 perkara. Pertama sighat atau lafaz talak. Keduamahal atau tempat yang hendak ditalak si isteri.Ketiga ialah wilayah atau kuasa ke atas isteri.Keempat ialah kasad atau apa yang diniatkan bagi lafaztalak itu. Dan kelima ialah suami. Adapun yang dikatakan sighat atau lafaz tadi ialahlafaz yang menyatakan perceraian atau perpisahan. Iaada dua iaitu pertama lafaz sarih atau lafaz yangnyata atau terang-terang yang menyebut kalimah talak.Kedua lafaz kinayah atau lafaz sindiran iaitu menyebutkalimah cerai atau talak tidak secara terang-terang. Bagaimanakah boleh jatuh talak pada seorang isteri itusecara lafaz sarih? Seorang suami berkata kepadaisterinya, “Aku talakkan engkau!” atau “Aku ceraikanengkau!” atau “Hai orang yang kena talak!” dansebagainya. Apabila kalimah ini disebut kepada isterisamada dalam perkelahian atau pun tidak, maka jatuhlahtalak. Jatuhnya talak dengan menyebut kalimah yangterang-terang begini, samada suami berniat ataupuntidak berniat demikian, kedua suami isteri itu sudahbercerai. Kadangkala di dalam perkelahian, lafaz talak yangdisebut terang-terang itu berlaku dengan tidak sengajasedangkan suami masih sayangkan isterinya. Oleh yangdemikian, kalau sekiranya lafaz talak itu baru kalipertama atau kali kedua, suami boleh rujuk kembalikepada isterinya seketika itu juga. Cukuplah dengansuami tadi melafazkan, “Aku rujuk kembali kepadaengkau” atau “Aku kembali kepada isteriku.” Cuma yangtidak boleh rujuk kembali ialah apabila berlaku talaktiga. Ada setengah orang kata, apabila berlaku talak tiga,suami boleh rujuk kembali isterinya setelahdikahwinkan dengan orang lain dan kemudiandiceraikannya dengan jalan “Cinabuta”. Di dalamsyariat Islam, perbuatan merujuk kembali isteri yangtelah ditalak tiga, tidak boleh dengan cara “Cinabuta”ini, kalau ia amat dilarang. Rasulullah saw sendiripernah bersabda: “Rasulullah saw mengutuk orang-orang yang membuatMuhlil (Cinabuta) dan begitu juga kepada orang yangmenyuruh membuat Cinabuta itu (suami yang pertama).” Lafaz kinayah atau lafaz sindiran ialah denganmenyatakan perceraian atau talak tidak secaraterang-terang. Jatuhnya talak ke atas isteri bolehjadi samar-samar atau boleh jadi meragukan. Kerana,lafaz sindiran atau lafaz kinayah ini boleh diertikandengan maksud perceraian ikatan perkahwinan ataupundengan maksud lain. Katalah seorang suami berkatakepada isterinya, “Pulanglah engkau ke rumah orang tuakamu” atau “Engkau boleh hidup bebas” atau “pergilahengkau dari sini.” Kata-kata sindiran seperti inibergantung kepada niat suami mengeluarkan perkataantadi. Kalau sekiranya, suami menyuruh isterinya pulangsaja kepada orang tuanya dengan tidak diniatkan untukmenceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Tetapi,kalau diniatkan hendak bercerai, maka jatuhlah talak. Jadi, lafaz sindiran atau lafaz kinayah dalammenjatuhkan talak ini hendaklah diketahuisungguh-sungguh. Bahayanya adalah amat besar keranakalau sabit perceraian antara suami isteri itu, makahiduplah keduanya di dalam perhubungan yang tidakhalal. Seluruh zuriat yang dihasilkan adalah zuriatharam. Terdapat banyak masalah yang timbul di dalam memahamilafaz cerai secara kinayah ini. Di antara masalah yangtimbul ialah dalam menentukan samada jatuh atautidaknya talak bagi seorang isteri itu dalamberbagai-bagai keadaan dan situasi tertentu. Katalahseorang suami mengeluarkan kata-kata, “Aku haramkanengkau bagi diriku” Atau “Aku haramkan pipi engkaubagiku” Atau “Aku haramkan tanganmu bagi aku” dansebagainya. Apakah dalam keadaan tersebut dengan lafazitu, jatuh talak bagi isterinya. Jawapannya, kalausuami meniatkan untuk menceraikan isterinya, makasuami hendaklah membayar kifarat. Firman Allah yangbermaksud: “Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan kepada kamusekelian membebaskan diri dari sumpahmu (iaitu apabilaseseorang bersumpah mengharamkan sesuatu yang halal,wajiblah dia membebaskan dirinya atas sumpahnya itudengan membayar kifarat).” Jadi suami dan isteri hendaklah tahu benar-benartentang kedudukan talak. Kalau tidak tahu dan tidakpula mahu bertanya kepada kadi dan sebagainya,ditakuti jika sabit jatuh talak, akibatnya perhubungankeduanya adalah perhubungan zina. Kemudian, rukun talak yang kedua ialah mahal iaitutempat yang hendak ditalak. Mahal ini tentulah isteri.Dan isteri itu hendaklah sebenar-benar isterinya,walaupun isteri itu masih di dalam iddah kerana isteriyang di dalam iddah adalah di bawah kuasa suami lagi. Adapun mahal atau tempat yang hendak dijatuhkan talakiaitu isterinya, ia memberi erti apa saja pada isteri.Setiap juzuk anggota pada isterinya itu adalah mahalatau tempat yang hendak ditalak. Oleh itu, kalausekiranya suami mengatakan, “Aku talak telinga kamu”atau “aku talak kaki kamu” dan sebagainya, maka sabitjatuhnya talak. Kecuali juzuk yang suami sebutkan itubukan merupakan sebahagian anggotanya seperti air liuratau peluhnya. Rukun talak yang ketiga ialah kuasa di atas isteriatau yang dikatakan wilayah. Hendaklah isteri itumilik kepada suami yang mentalak. Kalau bukan miliksuami, maka perempuan itu bukan dikatakan wilayah.Adapun kuasa talak itu adalah pada isteri yangdimilikinya, walaupun isteri yang di dalam Iddah.Rukun talak yang keempat ialah kasad atau niat padatalak. Maksudnya di sini ialah, lafaz yang digunakanuntuk mentalak isteri adalah dengan niat hendakmenceraikannya. Dalam ertikata yang lain, lafaz yangdiucapkan adalah diniatkan untuk cerai. Niatmenjatuhkan talak isteri ini akan jatuh talaknyawalaupun di dalam bergurau senda. Katalah suamiberkata di dalam majlis bersama kawan-kawannya, “Akuceraikan isteri aku”. Hukumnya jatuh talak. Rukun talak yang kelima ialah syarat pada suami yangmentalak. Hendaklah suami itu suami yang mukallaf,yang siuman iaitu tidak mabuk dan tidak gila. Orangyang tidak siuman akalnya, apabila suami berkata “Akuceraikan kamu” kepada isterinya, tidak jatuh talak. Begitu juga syarat pada suami untuk menceraikan isterimestilah bukan kerana dipaksa seperti dipaksa olehayah atau kaum keluarga untuk menceraikan isteri.Cerai yang dipaksa atau yang digagah, hukumnya tidakjatuh talak. Demikianlah lima rukun yang mengawal hukum talak. Inihendaklah kita ambil perhatian sungguh-sungguh agarkita dapat menjadikan panduan di dalam kita bergauldengan isteri. Terutama yang mesti kita fahamibenar-benar ialah tentang lafaz dan niat.Kadang-kadang secara tidak kita sedari, isteri kitasudah tercerai kerana kurangnya pengetahuan danpengertian kita dalam bidang ini. Mudah-mudahan iniakan menjadi panduan kita untuk membangunkan sebuahkeluarga bahagia yang diredhai oleh Allah swt.

Posted in hukum | Leave a Comment »

Mari mendidik anak-anak

Posted by mohamadrizal on June 14, 2009

Salam Kamunting,
Mendidik adalah satu tugas yang besar. Ia adalah permulaan pembinaan setiap insan, samada ia terus kekal sebagai manusia yang diciptakan dengan segala kelebihan, atau ia akan beralih dan bertukar menjadi seburuk – buruk kejadian di alam ini dengan terbentuknya sifat – sifat kebinatangan yang melampaui binatang dan haiwan sendiri.
Mendidik adalah satu tugas besar dan langsung setiap al rasul ( Lihat al Jumuah 2 ). Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam diutuskan kepada kaumnya yang buta huruf. Baginda yang buta huruf membacakan untuk kaumnya ayat – ayat al Quran, mendidik dan menyucikan jiwa dan mengajar mereka memahami al kitab dan al hikmah.
Pendidikan adalah ilmu warisan para anbiya’. Ia penuh hikmah dan penuh rahsia yang merungkai kekusutan di dalam memahami manusia.
Ia adalah warisan yang wajib diwarisi. Dengannya setiap insan menjaga dirinya dan diri ahli keluarganya. Dengannya seorang ketua menjaga anak buahnya dan dengannyalah sebuah negara menjaga rakyatnya. Ia adalah kewajiban. Kewajiban mendidik dan kewajiban mengambil pendidikan itu daripada al rasul.
Mendidik diri hendaklah dengan ilmu. Anda akan gagal mendidik diri jika anda tidak merujuk kepada petunjuk dan ilmu agama.
Mendidik anak – anak juga hendaklah dengan ilmu. Anda akan gagal jika anda memandai – mandai mendidik tanpa merujuk kepada panduan agama.
Hari ini, sesetengah kita bukan setakat memandai – mandai mendidik, bahkan tidak pun mendidik diri apatah mendidik anak – anak. Bukankah ini musibah dan dosa?
Mendidik anak – anak adalah kewajiban yang berat. Anak – anak lahir dalam serba tak tahu. Ia jahil tanpa ilmu dan tanpa akal yang sempurna untuk segera berilmu. Ia bertatih mengenal kehidupan sebelum perlu mengorak langkah gagah mengenal kewajiban.
Adakah anda menyangka betapa mudahnya manusia mengenal kehidupan, kemudian kewajiban? Lihat berapa ramai manusia yang lemah dan berputus asa. Mereka tidak mengenal kehidupan. Lihatlah pula betapa ramai lagi yang berseronok dalam noda kehidupan. Mereka gagal mengenali kewajiban dan matlamat kehidupan.
Justeru haruslah setiap kita menginsafi kelekaan kita di dalam mendidik anak – anak.
Pokok pangkal pendidikan anak – anak adalah menetapkan jiwa mereka dalam keadaan bersih sebersih asal kelahirannya. Sebersih alam fitrah kejadian yang memperakui diri sebagai hamba tuhannya dan tunduk persis tunduknya sang hamba pada tuannya. Menetapkan jiwa dan raga untuk terus kekal putih bersih sebagai seorang muslim semenjak di dalam kandungan ibunya dan saat kelahirannya.
Manusia adalah ruh dari sisi tuhannya. Ia mengenal tuhannya sebagaimana malaikat di langit mengenal tuhannya. Kemudian ia dihantar ke bumi yang jauh, lalu dimasukkan ke dalam satu lembaga dan bekas daripada tanah dan daripada air mani di dalam rahim si ibu.
Berlaku pertemuan di antara dua alam yang berbeza. Alam atas yang kudus dan alam bawah yang tandus. Ia terjerat di dalam tubuh daripada tanah duniawi.
Apabila kelahiran berlaku, berlakulah pertembungan secara langsung di antara dua yang berbeza. Ruh meronta – ronta untuk terbang tinggi menuju alamnya yang kudus dan suci menyembah tuhannya, tetapi ia ditarik dan direntap kuat kadang – kadang untuk kekal menggelupur di lumpur duniawi yang kotor dan penuh noda derhaka, enggan dan takabbur.
Kelahiran mewajibkan tarbiyah dan pendidikan. Ia proses menyelamat teragung.
Ruh mesti diselamatkan daripada noda duniawi yang menghimpitnya. Kesemujadiannya dilitupi alam baru yang serba baru. Anak yang lahir ilmunya bermula dengan kosong. Untuk mula menempuh alam yang baru ini, tubuh yang lemah itu bergantung sepenuhnya kepada kesemulajadiannya yang asal.
Ia secara fitrah mencari makanannya dari tetek ibunya. Ia menangis kuat melarikan diri daripada kedagangan dan kesunyiannya di alam baru ini. Ia diam dan segera nyeyak di dalam dakapan hangat ibunya. Apabila ia celik melihat dunia, ia dibekalkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang sentiasa mendodoi dan menjaganya. Ibu dan ayah. Atau penjaganya.
Daripada ibu dan ayahnya ia mula berilmu dan terdidik. Dengan ilmunya itu ia mula mengesot, merangkak, bertatih dan kemudian berjalan. Ia membesar dengan ilmu dan pendidikan awalnya itu.
Bagaimana jika ia mendapat ilmu yang salah? Kemudian pendidikannya juga salah?
Ya, apabila ia salah ilmu dan salah didikannya, ia bertukar daripada kesemulajadiannya. Ruhnya menjadi liar dan sumbang. Ia bertukar wajah kerana ia dijamu makanan yang meracuninya. Makanan ruh seasalnya adalah zikruLlah. Ia melonjakkan nilai keinsanannya. Kini ia dijauhkan daripada zikrullah dan diganti makanan duniawi daripada isi perut yang membuncit, alunan bunyian syaitani, pinar pandangan panahan iblisi dan pelbagai rencam habuan nafsu.
Daripada fitrahnya yang muslim dan mukmin, ia bertukar menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi dan bermacam – macam kefasiqan, kemunafikan dan kederhakaan terhadap tuhannya sendiri.
Inilah nilai pendidikan. Inilah harga sebuah kelekaan dan kecuaian.
Allah melepaskan anak – anak kita yang kecil itu daripada bebanan dan taklif. Ia tiada hak dan kekuatan untuk memikulnya kerana akalnya masih muda remaja untuk mula memikirkan tanggung jawab kehidupannya.
Bagaimana manusia boleh dilepaskan di dunia yang serba menipu dan penuh makar ini? Bukankah ia pasti menjerat dan membunuh?
Ya, si anak dilepaskan tetapi Allah mengembalikan hak pengawalannya ke atas pundak kita, ayah dan ibu. Kita diwajibkan membina pagar dan kawalan agar si anak membesar bebas dalam pagarNya ( kalaiLlah ). Ia jinak dalam bebasnya. Ia kembali selepas pergi. Ia enggan bebas daripada tuhannya walau pun ia dibebaskan sebebasnya.
Mendidik anak – anak adalah proses menjinakkannya untuk kekal hidup bertuankan tuhannya yang telah menciptakannya dan melepaskannya ke dunia dari langitNya yang kudus.
Anda jangan memarahi saya atau memperlekehkan saya jika saya bermati – matian mengingatkan anda tentang bahaya sistem pendidikan nasional hari ini. anda seharusnya kembali berfikir untuk menilai kembali hukuman anda ke atas saya.
Anda buktikan kepada saya bahawa majoriti anak – anak yang mencecah usia akil baligh ( 15 tahun hijriyah atau 14 tahun lebih masihiyyah ) telah berjaya kekal dalam iman dan ketundukan kepada Allah. Mereka telah bersedia menjadi muslim yang patuh dengan kewajiban solat 5 waktu.
Buktikan! Buktikanlah!! Atau anda akan malu dan tersipu – sipu jika anda memiliki iman, atau wajah anda akan merah padam dengan kemarahan dan kedegilan jika anda seorang yang sombong dan takabbur apabila melihat statistik daripada analisa dan kaji selidik yang sahih daripada pelbagai pihak dan sumber yang beriman yang membuktikan bahawa anak – anak Melayu seusia itu masih kekal tak solat dan tak tahu pun untuk solat dalam peratus tinggi mencecah 80%!!
Dari umur 7 tahun ( umur galakan ugama untuk anak – anak diajar untuk solat ) sehingga umur 10 tahun ( umur galakan ugama agar anak – anak dipukul jika lalai daripada solat ), kemudian memasuki umur 15 tahun ( umur taklif ), anak – anak dibentuk diri dan syakhsiyahnya oleh sistem pendidikan negara. 9 tahun dididik dan mereka keluar tanpa solat!!
Sistem apa ini?
Berat sangatkah solat 5 waktu?
Bodoh sangatkah anak kita?
Degil sangatkah anak kita?
Jahil sangatkah guru kita?
Atau,
Ianya adalah kerana sistemnya yang bersifat jahiliyah?!
Solat pada hari pertama adalah berat, pada hari kedua adalah ringan dan pada hari ketiga adalah manis.
Siapakah di antara kita mahu menghukum bahawa anak – anak kita akan kekal bodoh dan degil sehinggalah umurnya sampai 30 tahun??
Siapakah mahu menghina guru dengan menghukum bahawa anak – anak tak solat adalah kerana guru yang jahil dan malas?
Saya tegaskan bahawa sistem negara adalah sistem sekular yang syirik dan jahiliyah. Sistem pendidikan negara adalah anak yang patuh dan tunduk pada sistem induknya. Justeru ia adalah sistem yang syirik, jahiliyah dan korup.
Ia dicipta oleh otak – otak yang sekular, derhaka dan syirik yang berlegar di serambi kuasa negara.
Apabila kami orang yang terlibat dalam dunia politik secra langsung bercakap pasal ahli – ahli Parlimen UMNO dan ahli – ahli mereka di Dewan Negara, kami akan membahagikan mereka kepada dua kumpulan. Kumpulan yang lekat solat 5 waktunya dan kumpulan yang songlap 5 waktunya. Anda pasti terkejut seperti kami untuk mendapati bahawa natijahnya seumpama natijah kaji selidik ke atas anak – anak 15 tahun tahun di atas!!
Kita menyalahkan kerajaan. Mereka memaksa kita menerima sistem yang buruk dan jahat ini. Tidak semua kita mampu menghantar anak – anak ke sekolah ugama swasta yang tawaran sistemnya lebih Islamik dan benar yang lebih menyelamat dan menjamin agama anak – anak kita.
Kita pasti beruntung dalam keterpaksaan itu jika anak – anak kita memperolehi guru – guru yang benar – benar berperanan menampal segala kebobrokan sistem yang zalim ini dengan usaha gigih mereka.
Tetapi itu adalah kewajiban orang lain. Ia langsung tidak mengangkat kewajiban kita sendiri.
Anak – anak adalah amanah dan tanggung jawab. Selepas anak – anak pulang dari sekolah, andalah sekolahnya yang pertama. Jangan anda sekularis sebagaimana sistem sekular negara.
Jika tidak, andalah penyebab sebelum sistem itu! Semoga Allah memelihara kita.
” Tuhanku, jadikanku pendiri solat, juga zuriatku. Tuhan kami, terimalah doa kami.” – al Ayat.
mari mendidik anak

Posted in keluarga bahagia | Leave a Comment »

Tip rumahtangga semakin lama semakin erat

Posted by mohamadrizal on June 8, 2009

Published by Admin on Thursday, April 2, 2009 at 10:24 AM MEWUJUDKAN suasana bahagia dalam sebuah rumah tangga sering menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju ke arah itu. Tetapi individu yang paling penting menjamin kebahagiaan keluarga ialah lelaki sebagai bertindak sebagai suami yang penyayang dan dan ayah yang pengasih. Untuk menjamin kebahagiaan keluarga, seorang ayah perlu bijak memikul tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak, tepati janji terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mereka mahukan anak menghormati dengan mendengar kata orang tua. Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah: 1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain. 2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. 3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. 4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. 5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala. 6)Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian. 7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah. 8)Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen. 9)Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. 10)Beritahu apabila anda ingin berehat atau tidur. 11)Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari. 12)Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit. 13)Beribadah bersama. Sebenarnya, ada banyak banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh suatu keluarga yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing Perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul. Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan. Isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja. Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah.

Posted in keluarga bahagia | Leave a Comment »

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Posted by mohamadrizal on June 7, 2009

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

“Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.”

“Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.”
“Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.”

“Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).”

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Posted in keluarga bahagia | Leave a Comment »

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Posted by mohamadrizal on May 12, 2009

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.

1.  Allah

2.  Ar-Rahman – Maha Pemurah

3.  Ar-Rahim – Maha Penyayang

4.  Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah

5.  Al-Quddus – Maha Suci

6.  As-Salam – Maha Penyelamat

7.  Al-Mu’min – Maha Pengaman

8.  Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga

9.  Al-‘Aziz – Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir – Maha Besar

12. Al-Khaliq – Maha Pencipta

13. Al-Bari’ – Maha Perancang

14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun

16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab – Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah – Maha Pembuka

20. Al-‘Alim – Maha Mengetahui

21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid – Maha Penghina

24. Ar-Rafi’ – Maha Tinggi

25. Al-Mu’iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil – Maha Merendahkan

27. As-Sami’ – Maha Mendengar

28. Al-Basir – Maha Melihat

29. Al-Hakam – Maha Menghukum

30. Al-‘Adl – Maha Adil

31. Al-Latif – Maha Halusi

32. Al-Khabir – Maha Waspada

33. Al-Halim – Maha Penyantun

34. Al-‘Azim – Maha Agong

35. Al-Ghafur – Maha Pengampun

36. Ash-Shakur – Maha Pengampun

37. Al-‘Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir – Maha Besar

39. Al-Hafiz – Maha Pelindung

40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib – Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil – Maha Luhur

43. Al-Karim – Maha Mulia

44. Ar-Raqib – Maha Pengawas

45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi’ – Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim – Maha Bijaksana

48. Al-Wadud – Maha Pencinta

49. Al-Majid – Maha Mulia

50. Al-Ba’ith – Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq – Maha Benar

53. Al-Wakil – Maha Berserah

54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy – Maha Melinuingi

57. Al-Hamid – Maha Terpuji

58. Al-Muhsi – Maha Menghitung

59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu’id – Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit – Maha Mematikan

63. Al-Hayy – Maha Hidup

64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid – Maha Menemukan

66. Al-Majid – Maha Mulia

67. Al-Wahid – Maha Esa

68. As-Samad – Maha Diminta

69. Al-Qadir – Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan

72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan

73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan

74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan

75. Az-Zahir – Maha Menyatakan

76. Al-Batin – Maha Tersembunyi

77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta’ali – Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa

82. Al-‘Afuww – Maha Pemaaf

83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan

86. Al-Muqsit – Maha Mengadili

87. Aj-Jami’ – Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani’ – Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi’ – Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi’ – Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi – Maha Kekal

97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur – Maha Penyabar

Posted in agama | Leave a Comment »

Kekeliruan Tentang Mahram!

Posted by mohamadrizal on May 9, 2009

YANG DIANGGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN

DAN HAL-HAL YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN.

Oleh
Ahmad Sabiq bin Abdul Latif

Pada kesempatan lalu telah dikupas masalah mahram bagi wanita. Nah pada kesempatan kali ini, kita semak perbahasan tentang beberapa kekeliruan sebahagian di kalangan kita dalam memahami mahram. Dilanjutkan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram. Semoga bermanfaat.

DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN

Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.

Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:

[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]

[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:

“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa': 24]

Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:

” Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]

[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]

Imam Baghowi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.

[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.

 

 

JENIS-JENIS MAHRAM

[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)
Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman:

Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :

suami mereka, atau

ayah mereka, atau

ayah suami mereka, atau

anak-anak lelaki mereka, atau

anak-anak lelaki suami mereka, atau

adik beradik lelaki mereka, atau

anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau

anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau

wanita-wanita di kalangan mereka, atau

hamba-hamba yang mereka miliki, atau

pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”

 

Para ulama’ tafsir menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:

[1]. Ayah

Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;

“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]

Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40″ [Adlwaul Bayan 1/232]

Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.

[2]. Anak Lelaki

Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.

[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.

[4]. Anak-anak saudara (anak buah)

Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]

[5]. Pakcik

Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;

“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]

Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]

Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)

[B]. Mahram Kerana Penyusuan

Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:

[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]

Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu ‘anha.

“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]

[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.

Qur’an :
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa' : 23]

Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :

“Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]

[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?

Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:
[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)

(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)

[C]. Mahram Karena Mushoharoh

[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]

Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]

[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:

“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]

“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa' : 22]

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]

[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh

Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:

“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]

[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)

Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]

[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]

[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]

[Disalin dengan sedikit diringkas dari: Majalah "Al Furqon", Edisi 3 Th. II, Syawal 1423, hal 29-32]

 

Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=83&bagian=0

Posted in mahram | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.